Isnin, 18 Mac 2013

PETUA kurangkan rabun mata, menghilangkan bekas kurap dibadan, legakan perut memulas, keluarkan cacar air,menaikkan seri wajah, menghilangkan urat timbul dikaki, melembapkan kulit muka, meredakan batuk, melancarkan perjalanan darah, hilangkan lenguh dan letih, merawat tumit kaki pecah


KURANGKAN RABUN MATA


Parut 20 helai daun sirih dan kunyit. letakkan di atas penapis, lalu tuangkan air panas. Minum airnya segelas setiap hari

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN

Bakar kulit kerang selama 20 minit. Apabila kulit kerang terbakar, jirus dengan air panas. Tumbuk halus kulit kerang dan campurkan dengan satu sudu belerang kuning, biarkan ia sebati selama 1 jam. Kemudian campurkan dengan setengah cawan minyak tanah, dan sapukan pada bekas kurap.



LEGAKAN PERUT YANG MEMULAS

Rebus hingga mendidih pucuk ciku, dan minum air setelah sejuk.







MENGELUARKAN CACAR AIR

Rebus, lima helai daun jarak, lalu dimandikan mereka yang terkena cacar air. Pastikan air mandian suam. Gosokkan juga daun jarak yang sudah direbus pada badan pesakit. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.





MENAIKKAN SERI WAJAH

Gunakan daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan. Sapukan pada seluruh wajah dan tubuh ketika mandi. Tunggu beberapa saat sebelum wajah dibersihkan dengan air bersih. Amalkan selama sebulan pada waktu pagi dan petang.




MENGHILANGKAN URAT TIMBUL DIKAKI

Gunakan segenggam kacang hijau yang direbus tanpa gula. Jangan dihancurkan, makan pada waktu pagi dan malam.




MELEMBAPKAN KULIT MUKA
Parut sedikit kunyit hidup, dan campurkan dengan satu sudu madu lebah. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

MEREDAKAN BATUK

Embunkan dua sudu nasi panas yang baru dimasak yang dicampurkan dengan sedikit air. Embunkan semalaman dan minum airnya pada keesokan harinya.





MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Potong kecil daun lidah buaya yang telah cukup tua, rebus dengan 3 cawan air. Setelah mendidih, tapis dan minum air tersebut ketika suam. Minum 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang.

HILANGKAN LENGUH DAN RASA LETIH
Gosokkan daun sirih muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Kemudian sapukan pada bahagian yang lenguh, sekerap mungkin.

MERAWAT TUMIT KAKI PECAH

Campurkan beberapa keping asam gelugur dengan beberapa sudu cuka makan. Tambahkan sedikit air sejuk ke dalamnya. Rendamkan tumit ke dalam bahan tersebut selama beberapa minit.





sumber: Mingguan Wanita

2 ulasan:

  1. kena cuba ni..mata aya macam makin blur2 :(

    BalasPadam
  2. huda nak cubalah...selalu malam2 mata huda silau...xboleh terdedah kepada cahaya...

    BalasPadam