Khamis, 30 Mei 2013

BICARA TENTANG ANAK

Dari hari ke hari usia anak-anak semakin meningkat dari tahap baby ke tahap toddler dan sekarang tahap pre schooler.....pada peringkat baby tidaklah dirisaukan sangat, cuma memerlukan banyak tenaga dari segi fizikal untuk melayan kerenah baby, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Di peringkat toodler pula adalah satu peringkat perkembangan bayi yang lebih kompleks dimana bayi sudah mula menunjukkan reaksi melalui tingkah laku dan apa yang lebih ketara dari berbaring sahaja berkembang kepada meniarap seterusnya merangkak dan terus berlaku perkembangan dimana bayi sudah pun pandai berjalan. 

Peringkat seterusnya pre schooler dimana anak-anak sudah menjejakkan kaki ke sekolah, dan disinilah bermulanya kisah-kisah kesan dari didikan ibu bapa pada peringkat sebelumnya, dan disinilah bermulanya banyak tanda tanya di benak fikiran seorang ibu bapa khususnya ibu.......adakah jalan didikan dan asuhan yang kita gunakan selama ini betul atau sebaliknya?...berjayakah kita sebagai ibu menjalankan tanggungjawab yang digalas dalam memberikan didikan dari segala sudut rohani dan jasmani?...salah siapakah sekiranya anak-anak mempamerkan sifat yang kurang disenangi?......bagaimanakah sikap anak-anak kita nanti dalam menetukan masa depan mereka?........soalan-soalan seperti ini seringkali berlegar-legar di fikiran setiap kali melihat telatah anak-anak. Semakin difikirkan semakin risau dihati seorang ibu ini.....

Bagaimanapun berbagai cara boleh dilakukan untuk memujuk hati ini supaya tidak terlalu gusar memikirkan masa depan anak-anak. Berbagai panduan dan rujukan boleh didapati dengan hanya menggunaka satu klik....dunia tanpa sempadan.....berbagai informasi berguna tentang apa sahaja maklumat khususnya mengenai cara mendidik anak boleh didapati. Jangan sesekali kita seorang ibu melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada pihak lain khususnya sekolah...sangat tidak patut. Jatuh bangunnya anak, kitalah yang  dipertanggungjawabkan dan Allah yang menentukannya.



Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan