Khamis, 27 Jun 2013

LUAHAN HATI

Salam Sayang untuk semua....

"Semakin banyak kita menimba ilmu, maka semakin banyak perkara yang kita tidak tahu"

Perumpamaan ini jelas menerangkan tentang peri pentingnya menuntut ilmu dan ia tiada sempadannya. Sebagai suri rumah juga tidak terkecuali daripada terus menambahkan ilmu didada terutama ilmu tentang teknik penjagaan anak yang berkesan. Saya mersakan tiada apa yang lebih penting di dunia ini selain memiliki anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Disebabkan itu kita sebagai ibu bapa perlu tahu ilmu-ilmu yang perlu dipraktikkan dalam proses mendidik anak-anak sesuai dengan zaman pembesaran mereka sekarang ini.

Seringkali terdetik dihati kecil ini "betulkah cara mendidik anak yang dipraktikkan selama ini?...adakah ianya terlalu tegas?....adakah kami sebagai ibu bapa berada dilandasan yang betul dalam usaha mencorak masa depan anak-anak?...terbebankah mereka dengan jadual pembelajaran mereka selama ini?...seimbangkah bekalan ilmu dunia dan akhirat yang diberikan?....

Justeru, untuk mencari segala jawapan tentang persoalan ini, ilmu-ilmu yang bermanfaat ada disekeliling kita. Sebagai contoh media sosial yang ada sekarang ini boleh dijadikan rujukan dengan syarat kita selalu menghampiri rakan-rakan yang sering memberikan ilmu yang bermanfaat bukan mereka yang mendorong kita melakukan perkara-perkara yang kurang bermanfaat....kesannya, diri ini merasakan betapa kurangnya ilmu dalam diri dan betapa banyaknya sifat negatif yang kita simpan dalam diri selama ini.

Oleh itu, sebelum terlambat, muhasabah diri dan anjakan dalam diri perlu dilakukan, terutama dalam urusan atau tanggungjawab mendidik anak. Proses mendidik anak bukanlah semudah mengajar ABC...anak-anak ibarat kain putih, putih yang kita warnakan maka putihlah mereka, sebaliknya jika hitam yang kita warnakan maka hitamlah mereka.

Terdapat ungkapan yang berbunyi...."Sekiranya anda belum mendidik anak anda yang berumur 2 tahun secara serius, maka lupakanlah, carilah anak lain untuk diajar"

Ungkapan ini jelas mempunyai isi tersirat yang menyampaikan tentang betapa pentingnya usia 2 tahun pertama anak-anak. Pada tahap inilah anak-anak perlu diberi suntikan aura positif dari segala aspek untuk membentuk peribadi yang positif.

Akhir kata...marilah sama-sama mencari seberapa banyak ilmu, dan dari sinilah kita akan tahu dimana thap keupayaan kita, dan siapakah diri kita....

Rabu, 12 Jun 2013

BERKONGSI PANDANGAN TENTANG MINI MALAYSIA & ASEAN CULTURAL PARK

Pada 9 Jun 2013, kami sekeluarga berkesempatan melawat Mini Malaysia & Asean Cultural Park yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Keluasan kawasan ini merangkumi 32 hektar.


WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis : 9.00 am - 5.30 p.m
Jumaat - Ahad & hari cuti umum : 9.00 am - 6.00 pm

HARGA TIKET
Dewasa : RM15 (mykad)  RM20 (tiada mykad)
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM8 (mykad) RM12 (tiada mykad)
pemegang kad pelajar : RM10 (mykad) RM15 (tiada mykad)

Bagaimanapun kami mangambil keputusan untuk memilih pakej RM40 untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Untuk keterangan lanjut klik di sini

Terdapat 13 buah rumah tradisional yang mewakili negeri-negeri di Malaysia. Rumah-rumah ini dibina mengikut ciri-ciri asal tanpa perubahan dan ia dibina oleh pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertukangan.

RUMAH SARAWAK

tangga rumah Sarawak diperbuat dari kayu balak

keadaan di dalam rumah Sarawak

gong di dalam rumah Sarawak

tiang besar dan tinggi rumah Sarawak

RUMAH SABAH

hadapan rumah  Sabah

RUMAH PAHANG

hadapan rumah Pahang

RUMAH TERENGGANU

rumah Terengganu penuh dengan ukiran

mencanting batik

satu lukisan dikenakan bayaran RM10 dan peralatan disediakan

RUMAH KELANTAN

rumah Kelantan tidak kurang hebatnya dari segi ukiran

memanjang kebahagian belakang

 RUMAH JOHOR




tidak kurang juga hebatnya

serambi untuk berehat

RUMAH MELAKA

tangga batu sebagai 'trade mark' rumah Melaka

bahagian sisi rumah Melaka


RUMAH NEGERI SEMBILAN

atap minangkabau

terdapat juga seni ukiran 

RUMAH SELANGOR

ringkas tetapi tetap menarik

RUMAH PERAK

dinding rumah nampak menarik


RUMAH KEDAH

bentuk rumah kemas dan menarik

dinding rumah juga menarik

RUMAH PULAU PINANG

dinding rumah sangat cantik dengan seni ukiran

acara menganyam ketupat

bahagian hadapan rumah

RUMAH PERLIS


sekali pandang seperti rumah Kedah


bahagian tengah sebagai penyambung dari satu bahagian ke bahagian lain

PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL DI PENTAS TUN TEJA
Waktu Persembahan:
Sesi pagi: 11.00am
Sesi tengahari: 2.00pm
Sesi petang: 4.00pm

pandangan dari atas pentas Tun Teja
tempat duduk yang disediakan untuk menyaksikan pertunjukan tarian

bahagian hadapan pentas Tun Teja - tangga batu

VIDEO TARIAN DI PENTAS TUN TEJA
video

JOGET LAMBAK BERSAMA PENGUNJUNG

video
TARIAN PEMBUKAAN

video
TARIAN DIKIR BARAT

video
TARIAN MEWAKILI MASYARAKAT CINA

video
TARIAN  MEWAKILI MASYARAKAT INDIA

video
TARIAN BABA NYONYA

bergambar kenangan bersama para penari setelah selesi pertunjukkan

baergambar di bawah pancuran air

bergambar sebelum pulang



Secara keseluruhannya,Mini Malaysia & Asean Cultural Park sesuai untuk para pelancong yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang masyarakat majmuk di Malaysia. Bagaimanapun tempat ini masih perlu dibaik pulih supaya pengunjung tidak rasa kecewa seterusnya tidak mahu berkunjung lagi ke tempat ini pada masa akan datang. Dari pemerhatian kami, proses penjagaan dan penyelenggaraan hanya dijalankan di bahagian hadapan kawasan Taman ini, tetapi terlepas pandang  penyelenggaraan di bahagian dalam atau belakang Taman ini.

menurut penjaga kawasan ini, rumah Thailand ini sudah hampir roboh dan dilarang masuk

kurang pasti apakah fungsi tempat ini
Bagaimanapun, masih banyak lagi daya tarika lain yang mampu menarik para pelancong untuk datang ke sini. Apa yang perlu adalah proses pemuliharaan dan pemeliharaan yang berterusan untuk mengelakkan tempat ini hilang ditelan zaman seterusnya merugikan  generasi akan datang kerana tidak berpeluang mendalami warna warni masyarakat majmuk di Malaysia. Sama-samalah kita menyokong industri pelancongan Malaysia.