Sabtu, 30 November 2013

BUKU : ENSIKLOPEDIA HERBA-HERBA SEKELILING KITA

Salam untuk semua...


Kali ini Ct nak kongsikan isi kandungan buku yang Ct pinjam dari perpustakaan Awam Masjid Tanah, Melaka...keluaran Al-Hidayah.

PETUA MENGAMBIL UBAT

1. Bagi pokok-pokok yang ada beberapa jenis keadaannya seperti batang dan bunganya berwarna putih , maka yang berwarna putih melebihi pokok yang berwarna merah dan kuning, misalnya cempaka putih.

2. Akar kayu itu terbahagi dua: iaitu akar dalam tanah dan akar di luar yang tergantung, maka akar dalam tanah adalah menjadi ubat sedangkan akar yang tergantung terkadang ,mengandungi racun.

3. Pokok-pokok yang tumbuh di pulau-pulau kecil yang dikelilingi lautan adalah lebih tinggi khasiatnya melebihi pokok-pokok di daratan yang jauh dari laut.

4. Pokok Semeru Gajah hendaklah diambil dan dipotong dengan bahan bukan besi seperti tembikar, tanduk dan sebagainya agar khasiatnya kekal penuh, berbeza dengan pokok-pokok lain.

5. Untuk perhatikan pokok-pokok itu beracun atau tidak, perhatikan kepada sikap binatang. Jika dimakan oleh haiwan maka pokok itu tidak beracun. Kambing tidak memakan daun tembakau, sesudah dihidu dan diketahuinya daun itu merbahaya kepadanya.

6. Akar, ranting atau daun yang menghadap ke matahari terbit adalah lebih baik daripada yang menghadap ke matahari jatuh. Ini kerana pokok yang menghadap matahari lebih mendapat pancaran matahari.

7. Membaca Bismillah ketika hendak mengambil ubat-ubatan diikuti dengan tahmid, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan  tujuan memohon pada Allah akan ubat yang sesuai dengan penyakit.

Kemudian sekali lagi dibacakan Bismillah ketika meramukan ubat dan dikala hendak menggunakannya, samada diminum, digosok, atau ditempelkan.

Semua bahan ubatan yang diambil itu henaklah dibersih dan dikerinkan lebih dahulu satau dijemur dipanas matahari agar tenaga dan kekuatannya bertambah dan tidak berbau atau dirasa tidak enak semasa dimakan atau diminum sesudah direus. Dan adalah elok memasukkan 1-3 kuntum bunga cengkeh bagi mewangikan ubat dan mengenakkan rasa serta memanaskan badan. Jika perlu diasahkan sedikit kemenyan (getah kayu) untuk penyebatian, pengaktif dan penyegar ramuan ubat atau penawar.

2 ulasan:

  1. Ada petua juga ye. Baru tahu. Tak pernah lagi ambil herba2 ni. Dlu time tanam herba cabut baca Bismillah je. Mungkin banyak sangat. Diorang tak nak ajar panjang2..

    ZH Blogger

    BalasPadam