Sabtu, 30 November 2013

NAK NAIK KAPAL LAGI KER???

Salam untuk semua...

Masuk hari ni dah 3 hari duduk rumah dengan anak-anak jer...Suami outstation untuk recruitment ALAM jauh nun di perlis tu hah... Adeh bosan sungguh rasanya di rumah ni...memanglah ada kereta, motor untuk pergi jalan-jalan tapi macam tak best pulak tanpa suami. 

Soalan Naik kapal lagi ker??? ni saya tujukan khas untuk suami...selalu diwar-warkan nak naik kapal lagi...menurut suami kalau naik kapal gaji memang best. Buat pembaca yang belum tahu suami Ct dulu kerja dengan MISC bhd. belayar sentiasa, jarang-jarang jumpa daratan, di lautan sentiasa. Selepas berumahtangga lebih kurang 6 bulan belayar bersama Ct kemudian berhenti, untuk cerita lanjut klik sini..kisah Ct dan suami di kapal Puteri Firus Satu.

Nak dijadikan cerita..suami kena outstation cuti sekolah ni..dapatlah bayangan kalau suami naik kapal semula...fuh!!! Tuhan jer yang tahu perasaan ni. Baru 3 hari tak ada, rasanya lambat sungguh jam berputar. Dipendekkan cerita memang tak dibenarkan suamiku untuk naik kapal lagi. Paling cepat 3 bulan baru jumpa. Jangan kata anak-anak tak boleh terima kita sendiri pun belum tentu boleh. 

Bagaimanapun Ct kagum denga para isteri yang suami bertugas nun jauh dan jarang berjumpa. Kesabaran dalam mendidik anak-anak memang amat perlu ketika ketiadaan suami. Kadang-kadang terfikir juga mungkin terjadinya kes dera disebabkan stres mendidik dan menjaga anak ketika suami tiada. Fikir-fikirkanlah..kehadiran suami amat penting dalam apa jua situasi.

seronok kat promenade ni...luas pemandangan
cantikkan pemandangannya
posing sungguh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan