Khamis, 21 November 2013

DAH MULA MELILIT

As salam untuk semua...

Kali ni Ct cum nak kongsikan gambar pokok kesayangan Ct...
ta..da.....dulu pokok kacang botol sekarang pokok kacang panjang pulak...

inilah dia pokok kacang purple...tak sabar nak tunggu dia berbuah



Tempoh hari di tempat yang sama Ct tanam pokok kacang botol sekarang  ni tukar pokok ni pula...kacang panjang warna purple...nanti bila dah berbuah In Sya Allah Ct post...

pokok kacang botol tempohari



Ini pula pokok orkid dah banyak putik bunga seronok sungguh

Ini antara bunga orkid yang dah kembang

Ini pun sama

Ini pun juga

Bila ditanyaka kenapa Ct suka menanam pokok orkid ni adalah kerana bunganya yang tahan lama, lebih kurang sebulan lah juga bunga ni boleh bertahan. Lagipun pokok orkid ni tahan lasak, proses pemindahan pasu mudah dilakukan. Kalau ada sedikit akar yang tertanggal tidak akan merencatkan pertumbuhan pokok..Tak percaya..ANNALLYSSA pun adakalanya tolong tukar pasu...




Bagaimanapun antara sebab utama Ct sukakan bunga orkid ni tentulah sebab lawa. Setakat ni ada lebih kurang 11 pokok orkid Ct...Ahamdulillah belum ada yang mati selepas bertukar tangan dengan penjual. Lepas ni ingat nak tambah lagi koleksi bunga orkid. Ct beli di pasar malam pada setiap hujung minggu. Ooopsss...sebelum terlupa jangan lupa dengan semburan baja seminggu sekali, barulah pokok orkid ni rajin berbunga....

MY 8th ANNIVERSARY

As salam....untuk semua...

20.11.2013...genap 8 tahun kami bergelar suami isteri...Alhamdulillah Ct dianugerahkan suami yang bertanggungjawab dan anak-anak yang comel sempurna. Sempena menyambut ulangtahun perkahwinan kami suami memberi Ct pilihan untuk dinner di mana. Apalagi terus terlintas..Secret Recipe ler...Nasib baiklah ada Secret Recipe berdekatan tempat tinggal kami, baru jer dibuka, jadi kalau nak sambut apa-apa event seperti hari jadi ker senang sikit. Kalau nak diikutkan ada satu lagi pilihan di  restoran terapung di Port Dickson pun menarik juga tempatnya...tapi memandangkan anak-anak lebih suka Secret Recipe...ikutkan jer la...

Inilah permata hati kami Nur Annaylly dan Nur Allyssa aka ANNALLYSSA

posing khas sempena Anniversary sendiri

suap suami yang selalu menjanjikan yang terbaik untuk kami sekeluarga,,,terima kasih my dear...

ANNALLYSSA nak ice krim sampai tak terhabis banyak rupanyer...

tengok mak dia suap abah...Annaylly pun nak suap juga. tapi kek kat sini memang terbaek!!..sedap sungguh

sementara menunggu main menu
kid's burger dan ice cream smarties treats (Allyssa order)

lasagna beef dan caramel latte (kegemaran suami)

black paper chicken dan fruit punch (Ct punya)

grill mushroom chicken dan ice cream double delight (Annaylly order)
For my beloved husband, terima ksih kerana memberikan yang terbaik untuk kami semua...dari masa ke semasa Ct dapat rasakan perbezaan hidup kita sekeluarga...Alhamdulillah berkat usaha kerajinan abang dan keberkatan dariNya kita sekeluarga sentiasa dilimpahi Rahmat dariNya. Semoga ikatan ini akan terus kekal hingga ke akhir hayat.