Isnin, 21 September 2015

DIY DEKORASI RUANG TAMU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pasti ramai yang mengetahui seni taman dalam kaca. Kebiasaannya ia dihasilkan untuk menambah dekorasi di dalam rumah agar kelihatan hijau dan segar, sedap mata memandang. Memang benar kehadiran tumbuhan hidup dalam rumah walaupun tidak banyak  akan menaikkan  seri dekorasi dalaman terutama di ruang tamu. Kali ini Ct nak berkongsi keindahan cactus dalam kaca yang diletakkan disatu sudut ruang tamu rumah CT....

sebelum

tanpa dekorasi


renjis seminggu sekali 


tambahkan dekorasi piring mengandungi tulisan cina bermaksud bulan dan matahari

rak ini adalah padanan "dressing table" dalam bilik....kami pisahkan dan lekatkan sebahagian di dinding....

inilah rupanya disatu sudut ruang tamu


Selain dekorasi taman dalam kaca boleh juga ditambah dengan hiasan kaligrafi Islam. Suami Ct buat sendiri menggunakan tile....












Antara proses membuat kaligrafi Islam.....
senang nak carikan semua barang ni...

print out kaligrafi dari internet....dan buat ukuran yang patut (ini ketika proses membuat kaligrafi menggunakan tile kecil)

anak nak tumpang posing....

ukuran kena betul supaya bentuknya sama dan sekata



Seronok dan puas hati rasanya bila kita buat sendiri apa yang kita inginkan untuk rumah kita. Idea suami isteri dikongsi bersama. Tak kisahlah apa orang kata, cantik ker atau tidak, yang penting nampak cantik pada pandangan mata kita sekeluarga. Sekian sahaja untuk entry kali ini. Terima kasih kerana membaca.....jemput ke entry yang sebelum ini tentang kabinet 4G glass.

Khamis, 17 September 2015

CERITA YANG TAK PERNAH SUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



Dua tiga hari lepas hati benar-benar tersentak apabila terbaca status rakan fb yang berbunyi......"BETUL, DAN SOKONG SANGAT...SANGAT TERKEJUT BILA TERJEBAK DALAM SUASANA ORANG SUKA BERTANDING NI......DAN....APATAHLAGI BILA DIA SURI DAN  SAYA BEKERJAYA...ADUHAI......UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI...."

Status ini adalah rentetan dari cerita yang dikongsi di newsfeednya. Perkara yang dikongsi memang bagus untuk dibaca tetapi tajuk status yang seakan-akan wujud perbezaan antara suri rumah dan wanita bekerja amat tidak sedap didengar...... Kenapa mesti ada ungkapan APATAHLAGI BILA DIA SURI DAN SAYA BEKERJAYA.....

Kenapa perlu ada perbezaan antara wanita surirumah dengan wanita yang bekerja. Pada Ct, kita sama sahaja...tugas  terhadap suami dan keluarga lebih penting dari "kerjaya" yang kita miliki. Ya memang betul dengan "kerjaya" yang kita ada kita dapat membantu suami dan lebih sedap didengar kita ada duit poket kita sendiri. Ya..memang betul juga wanita yang ada "kerjaya" lebih up to date dengan fesyen semasa, lebih ramai kawan, dengan erti kata lain lebih pandai bersosial. Mungkin kelihatan bosan menjadi surirumah kerana terperap di rumah. Tapi pada ct itu semua tak penting, apa yang penting adalah kita tau jaga aurat kita, dan lebih penting lagi, sejuk pada pandangan mata suami. tentang bosan di rumah pula, kebiasaannya surirumah akan keluar setiap hari dua tiga kali untuk hantar dan ambil anak sekolah. Hujung mingg pula kami sekeluarga memang akan keluar ambil angin walaupun bukan pergi ke tempat-tempat yang mahal, cukup sekadar beriadah bersama keluarga. Jadi tidak timbuul istilah bosan disini.

Ct selalu terfikir bagaimana agaknya wanita yang ada "kerjaya" menguruskan urusan seharian (bagi mereka yang tiada pembantu rumah). Dari sini sebenarnya Ct kagum dengan wanita yang ada "kerjaya". Iyalah balik kerja nak kena uruskan hal rumah pulak, membasuh, memasak (bagi yang tidak membeli lauk di luar), menguruskan hal sekolah anak, mengajar anak membuat kerja sekolah...dan seterusnya. Balik kerja tentulah penat. Berbanding kami surirumah....kami boleh buat semua tu tanpa ada gangguan. Rutin kami memang sama..bangun pagi, sediakan sarapan anak dan suami, kejut anak ke sekolah....Kemudian memasak, tiba masa ambil anak balik sekolah, hidangkan makan tengahari ank dan suami, kemudian siapkan anak untuk ke sekolah agama, hantar anak.....dan sebagainya. Kami juga melakukan perkara di rumah (Ct taknak guna istilah "kerja" kerana ia sebenarnya satu  tanggungjawab). Apa yang paling penting disini kami juga punya perasaan, tersentak juga hati ini apabila terbaca status yang membandingkan antara surirumah dan wanita yang bekerja. Pada hakikatnya wanita yang ada "kerjaya" juga surirumah. Tetapi surirumah separuh masa. 

Cukuplah sampai disini coretan kali ini. Kepada mereka (segelintir) yang masih ada perasan pandang rendah pada surirumah ni....Ct tak boleh ubah tanggapan anda....tetapi simpanlah tanggapan tu dalam hati sahaja, ataupun luahkan dengan suami....tak perlu rasanya dihebahkan kepada orang ramai. Kami surirumah juga ada perasaan..Fikir-fikirkanlah. Bagaimanapun kepada wanita yang ada "kerjaya"yang merasakan kita semua sama sahaja...Alhamdulillah terima kasih diucapkan. Kat  bawah ni Ct ada sertakan cerita yang dikaitkan dengan status rakan fb tersebut.......Cerita yang bagus untuk dikongsikan...sebenarnya tak ada kaitan langsung pun dengan surirumah.

Nilai yang nampak kecil di mata orang dewasa tetapi memberi impak besar dalam kehidupan anak kecil
Ketika pulang ke Malaysia, saya membawa anak-anak berjalan-jalan menaiki tandem pushchair yang biasa kami gunakan di London. Seorang budak lelaki lingkungan usia 5-6 tahun berkata kepada ayahnya. "Papa tengok tu stroller dia 2 tingkat". Bapanya hanya mengerling sekilas. Anak kecil itu kemudian menyambung bertanya, "Mana lagi mahal papa, kita punya ke dia punya?". Si bapa menjawab "Kita punya lagi mahal". Anaknya menambah "Kan, dia punya tu local je tu". Saya hanya mampu menggeleng.
Semasa saya kecil, pernah ada saudara yang lagi muda daripada saya bertanya begini, sewaktu hari raya, " Gelang yang Kak Farah pakai ni emas gred A ke zhullian. Ibu saya kata kalau zhullian tak bagus". Waktu itu saya darjah dua. Soalan seperti itu bukan dalam tahap jangkauan pemikiran saya lagi tapi boleh tercapai akalmu oleh saudara saya yang lebih muda. Sadis bukan?
Pada hari raya lalu, seorang budak bertanya kepada Aqeef, "Wah awak duduk London, pernah naik Lamborghini tak. Kalau naik Ferrari pun ok tapi Ferrari murah sikit. Audi yang paling murah tapi Audi lagi bagus daripada proton. Ayah saya bawak kereta begini". Aqeef terdiam dan terus melarikan diri. Pertama kerana Aqeef waktu itu tidak fasih dan kurang faham bahasa Melayu. Kedua kerana kami memang tidak pernah mengajar anak-anak tentang jenama, baik kereta, baju, tempat makan dan sebagainya. Aqeef tidak pernah merasa teruja melihat kereta mewah yang menjalar atas jalan raya di London kerana dia tidak pernah tahu berapa harga kereta berjenis begini begitu, mana lebih laju mana lebih mewah dan sebagainya.
Persoalan saya, nilai apa yang mahu kita semat dalam diri anak-anak kita? Wajarkah anak-anak yang masih hijau usianya dibiarkan membanding-bandingkan harta benda harga dan jenama serta paras rupa fizikal. Perkara membanding-bandingkan ini tidaklah nampak besar di mata kita orang dewasa sepertimana nilai-nilai utama lainnya - hormati orang tua, jangan membazir, jangan bunuh orang, tapi bagi anak kecil, nilai sebegini memberi impak besar dalam hidup mereka kelak.
Mungkin hari ini mereka menilik stroller siapa lebih mahal, pengalaman menaiki supercar mewah mengikut harga pasaran dan gelang emas tulen atau saduran seperti yang dipakai oleh ibunya, di kemudian hari mereka akan mula membincangkan ibu siapa berkerjaya, pangkat bapa siapa paling besar, kereta keluarga siapa paling mahal, dan lebih teruk mereka mungkin akan mula memperkatakan tentang ketidakupayaan rakan lain, mulai belajar menyisihkan rakan yang kurang bernasib baik atau kurang berkemampuan, hanya mahu berkawan dengan orang yang mempunyai standard tertentu, anak-anak orang berkerjaya sekian-sekian, atau pelajar cemerlang yang dapat markah 100% semua subjek. Mereka akan membesar dengan memiliki hati yang tidak perlu kepada rasa empati dan kemanusiaan.
Kita boleh tengok masalah seperti ini dalam sinetron Indonesia misalnya yang anak-anak sekolah rendahnya sudah pandai mengejek rakan satu kelas yang tempang kaki atau compang camping pakaiannya, anak-anak sekolah menengah atasnya baru berusia belasan tahun sudah bergaya dengan kereta mewah ke sekolah, memulaukan anak penjual bakso. Ataupun dalam cerita Hollywood bila gadis berbadan cantik dari kumpulan sorak bersama dengan pelajar lelaki sasa pemain football bersatu hati membuli gadis gemuk dan jejaka autistic sehingga mengakibatkan tekanan dalam diri mangsa buli dan menimbulkan keinginan bunuh diri atau melakukan pembunuhan beramai-ramai (massacre) kerana rasa tidak puas hati dibuli dan dipulau.
Apabila anak yang semasa kecilnya tidak dibendung atau memang dengan sengaja diajar membanding-bandingkan harta, harga dan jenama, rupa paras, taraf hidup ini meningkat dewasa, masalah membanding-banding akan berlarutan menjadi masalah lain pula. Mereka akan mula membandingkan diri dengan orang lain, melahirkan rasa tidak berkecukupan dan payah untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki serta sanggup berbuat sesuatu melebihi kemampuan diri seperti berhutang keliling pinggang, rasuah, pecah amanah untuk membeli barangan mewah, atau menjalani pembedahan plastik tahap ekstrem untuk kelihatan cantik demi memastikan dia juga mampu melakukan atau memiliki apa yang orang lain ada. Ia dipanggil persaingan tidak sihat.
Anak-anak kecil kita, terlalu muda untuk dibebankan dengan agenda membandingkan perkara-perkara yang tidak perlu, untuk hidup dibelenggu jenama dan harga serta keinginan untuk tampil cantik bergaya secara keterlaluan dan melulu buta. Jangan biarkan kebiasaan dari kecil merosakkan persepsi dan pegangan hidup mereka apabila dewasa.




Isnin, 7 September 2015

KABINET ALUMINIUM 4G GLASS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.....

Lama rasanya Ct tak update blog...bz sikit kononnya...hihi..

Kali ini Ct nak kongsikan sikit tentang kabinet dapur pilihan Ct iaitu Kabinet dapur 4G Glass, warna lemon yellow + Golden yellow. Alhamdulillah setelah 10 tahun, impian untuk  memiliki rumah sendiri termakbul. Jadinya mulalah tercari-cari design kabinet dapur yang memenuhi citarasa Ct. Suami ikut jer...sebab katanya dia serahkan 90% keputusan memilih kabinet dapur kepada Ct...almaklulmah katanya itu adalah office Ct...bagaimanapun suami tetap memberikan idea, mana yang baik dan mana yang tidak sesuai, dan kami berbincang bersama-sama.

Tentu rakan sekalian pernah mendengar kabinet dapur pasang siap dari kilang. Nama lainnya kabinet dapur aluminium. Katanya, ia adalah pilihan sekarang memandangkan ciri keistimewaannya berbanding kabinet lain. Antara keistimewannya adalah:

  • kalis anai-anai
  • kalis minyak
  • kalis air
  • mudah untuk dilap sekiranya kotor
  • kalau dah boring dengan warna yang sedia ada boleh tukar warna
  • rumah tak kotor semasa proses memasang
Antara kelemahannya yang Ct perhatikan adalah:
  • kenalah rajin lap kerana cukupp mudah bercap-cap jari kita....
Semasa proses perbincangan dengan contractor....mereka menjelaskan perbezaan antara 4G glass kabinet dengan 3G glass kabinet....banyak juga yang diterangkan....tapi yang masuk dalam fikiran Ct adalah:
  • 4G glass lebih mahal berbanding 3G glass
  • 4G glass boleh pilih warna frame yang kita suka
  • 3G glass lebih murah 
  • 3G glass tak boleh pilih frame, warna aluminium tu kekal.....



Fasa 2 pemasangan....beserta table top granite

Fasa 3.....pemasangan kaunter beserta granite

Kaunter tak siap lagi

Kaunter dah siap

pintu kabinet

Alhamdulillah kabinet dapur dahpun siap.. ruang kosong atas oven, untuk microwave oven, belum letak lagi


Semoga entry kali ini dapat membantu rakan diluar sana yang sedang mencari kabinet dapur idaman....selepas ini Ct akan kongsikan pula ruang lain... seperti ruang tamu....terima ksih kerana singgah di blog Ct ya....nak tengok lebih gambar lagi sila ke aluminium kabinet warna kuningk
jemput ke entry seterusnya DIY ruang tamu